Nahas FRU: Pemandu lori batu ditahan kes curi lembu selepas 20 minit bebas jaminan

BAGAN DATUK – Pemandu lori batu yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula di perkarangan Mahkamah Teluk Intan pada Isnin bersabit kes curi lembu.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di pejabat kaunter pembayaran jamin mahkamah tersebut 20 minit selepas dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, suspek terbabit ditahan sekitar jam 12.20 tengah hari.

“Suspek ditahan susulan laporan polis yang diterima daripada seorang lelaki warga tempatan pada 14 April lalu berkaitan kehilangan dua ekor lembu di kawasan Kampung Sungai Keli Hutan Melintang dekat sini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada hari sama, pemandu lori terbabit telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner, Dr Bakri Zainal Abidin dilaporkan berkata, majikan tertuduh telah membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas FRU: Pemandu lori batu bebas dengan jaminan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI