Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut.

“Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI