Nahas FRU: Polis akan panggil pemilik syarikat lori

TELUK INTAN – Polis akan memanggil pemilik syarikat lori muatan batu bagi siasatan lanjut berhubung nahas jalan raya yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, siasatan akan dijalankan secara komprehensif dengan meliputi pelbagai aspek.

“Kita akan menjalankan satu siri siasatan yang saya kira komprehensif termasuk juga kepada pemilik syarikat dan keseluruhannya.

“Malah pasukan khas yang ditubuhkan kabinet telah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bagi menjalankan siasatan kepada aspek-aspek teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Ops Khas Ketum Hilir Perak di sebuah kawasan berhampiran ladang sawit di Labu Kubong, dekat sini, pada Khamis.

Polis siasat syarikat lori nahas FRU kemalangan trak FRU Teluk Intan, siasatan syarikat lori muatan batu, pasukan khas MIROS JPJ PUSPAKOM, nahas Jalan Chikus-Sungai Lampam, reman pemandu lori maut FRU, polis siasat nahas sembilan anggota FRU
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 MEI 2025.

Bakri memberitahu pasukan khas berkenaan antaranya terdiri daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Tambah Bakri lagi, beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus serta menjurus kepada pelbagai sudut iaitu kecuaian manusia, isu teknikal melibatkan kenderaan serta isu persekitaran.

“Kita akan melakukan siasatan dan tindakan susulan bagi mengelakkan daripada tragedi yang sama berulang pada masa hadapan,” katanya.

Pada Rabu media melaporkan polis memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota FRU di Jalan Chikus-Sungai Lampam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi Selasa, sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh, terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori membawa muatan batu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, serta sembilan lagi cedera.

Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Rabu mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap pemandu lori berusia 45 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jangan alih fokus siasatan kemalangan FRU dengan naratif murahan – MSOSH

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI