Nahas Gerik: Dua mangsa ditempatkan di wad biasa dalam pemantauan

IPOH – Dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang cedera dalam nahas jalan raya di Gerik pada awal pagi Isnin telah ditempatkan di wad biasa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini.

Pengarah HRPB, Dr Saiful Azlan Sharif berkata, Lili Suzana Mat Ya’acob, 23, dan Nor Erika Elysha Mohd Zaidi, 21, mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut.

“Lili Suzana hanya mengalami kecederaan di bahagian kepala sahaja, manakala Nor Erika mengalami kecederaan sama serta patah tulang tangan.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan tindakan susulan pasukan perubatan mendapati kecederaan yang dialami mereka tidak serius seperti yang disangka pada peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melawat melawat dua pelajar tersebut yang sedang menerima rawatan di HRPB, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr. Saiful Azlan memaklumkan bahawa walaupun kedua-dua pelajar berkenaan berada dalam keadaan stabil, mereka masih dipantau oleh pihak hospital.

Katanya, kedua-duanya juga sedang menjalani rawatan susulan secara berperingkat di hospital berkenaan.

“Kita dahulukan rawatan yang perlu diberi keutamaan. Berdasarkan penilaian kesihatan semasa, rawatan terhadap dua mangsa ini banyak menjurus kepada isu berkaitan jangkitan kuman,” ujarnya.

Pada Isnin media melaporkan, 15 pelajar UPSI maut selepas bas yang dinaiki mereka terlibat nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di kilometer (km) 53, di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, di Gerik.

Insiden yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu turut mengakibatkan 27 mangsa pelajar lain serta seorang pemandu dan kelindan cedera.

Turut cedera dalam nahas terbabit adalah empat sekeluarga yang menaiki MPV. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PDRM, JPJ jalankan siasatan berasingan nahas ragut 15 nyawa pelajar UPSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI