Nahas helikopter terhempas: 7 kru lelaki, 3 wanita dikenal pasti – KP Perak

LUMUT – Identiti 10 kru yang maut dalam nahas melibatkan helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi ini sudah dikenal pasti yang terdiri daripada tujuh lelaki serta tiga wanita.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Basri berkata, semua mangsa terlibat kini dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Lumut (HAT) di dalam Pangkalan TLDM di sini untuk proses pengecaman sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, mangsa yang terlibat dalam insiden itu dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.

“Siasatan masih di peringkat awal dan segala maklumat lanjut diserahkan kepada pihak TLDM dan pihak penyelamat melibatkan TLDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan di lokasi.

Nahas helikopter terhempas: Kru terdiri daripada 7 lelaki, 2 wanita - KP Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang media berkenaan kemalangan 2 buah pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Kompleks Sukan TLDM, Lumut. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

“Semua ahli keluarga juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut,” katanya pada sidang media di pintu masuk Stadium TLDM, di sini, pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan, 10 kru yang terbabit dalam nahas tersebur sedang menjalani raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di pangkalan berkenaan.

Bagaimanapun pada sekitar jam 9.30 pagi, kedua-dua pesawat itu dipercayai bergesel sebelum terjatuh dan terhempas di dalam stadium dan kolam renang pangkalan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kesemua 10 kru helikopter TLDM terhempas disahkan terkorban

Helikopter terhempas: Negara berdukacita, beri kesan kepada keluarga – PM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI