Nahas helikopter TLDM: Jasad Sivasutan selesai dibakar

MANJUNG – Jasad Leftenan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada Selasa, disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram, dekat Kampung Serdang Sitiawan, dekat sini, pada Khamis.

Jasad mendiang dibawa dari kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya, Sitiawan, yang terletak 2 kilometer dengan menaiki van dan tiba di krematorium itu kira-kira jam 11.30 pagi.

Suasana hiba mula menyelubungi lokasi sejurus jasad mendiang Sivasutan tiba yang disambut 300 ahli keluarga dan kenalan mendiang serta pegawai dan anggota TLDM.

Nahas helikopter TLDM Jasad Sivasutan selesai dibakar Lumut dibakar mendiang Leftenan
Upacara penghormatan terakhir buat Jasad Leftenan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut sebelum memulakan upacara pembakaran di Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram, dekat Kampung Serdang Sitiawan.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Ia disusuli dengan upacara penghormatan terakhir sebelum pembakaran yang dijalankan.

Kemudian, diadakan upacara menanggalkan pingat dan aksesori perkhidmatan daripada seragam yang dipakai mendiang oleh pegawai-pegawai TLDM.

Jasad Sivasutan kemudiannya dijalankan proses persemadian mengikut cara dibakar pada jam 12.15 tengah hari.

Terdahulu di kediaman keluarga, 14 anggota TLDM dari Markas Pangkalan Lumut yang lengkap bersenjata melakukan kawalan kehormatan sebagai tanda penghargaan kepada mendiang.

Nahas helikopter TLDM Jasad Sivasutan selesai dibakar Lumut dibakar mendiang Leftenan
Upacara penghormatan terakhir buat Jasad Leftenan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut sebelum memulakan upacara pembakaran di Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram, dekat Kampung Serdang Sitiawan.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Panji TLDM yang membaluti keranda kemudian diserahkan oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama R Harisundar kepada ibu mendiang, R Paramesvary, 60.

Sivasutan yang bertugas sebagai juruterbang di unit Skuadron 502 antara 10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pada Selasa.

Mendiang adalah antara tiga kru pesawat Fennec yang terbabit nahas dengan sebuah lagi aset TLDM iaitu HOM-AW139 yang dinaiki tujuh anggota.

Dalam tragedi sekitar jam 9,30 pagi itu, kesemua mereka sedang menjalani latihan raptai sebagai persiapan Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 yang dijadual berlangsung hujung minggu ini. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mendiang Sivasutan anak lelaki tunggal baru berkahwin Januari lalu – Sepupu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI