Nahas jalan raya: Penghulu maut, tertimbus tar dari treler

KAMPAR – Seorang penunggang motosikal maut selepas tertimbus dalam muatan tar dari sebuah treler dalam nahas jalan raya di Jalan Tanjung Tualang, dekat sini, pada Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Hanafiah Ismail, berusia 40-an yang juga Penghulu Mukim Teja.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis di Ipoh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.02 malam.

Katanya, sejurus selepas itu 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar diatur gerak ke lokasi kejadian.

Nahas jalan raya lori motosikal treler tertimbus muatan tar Penghulu Mukim Teja bomba kampar maut mangsa
Lokasi kejadian nahas jalan raya membabitkan sebuah motosikal dengan lori treler muatan tar. Foto IHSAN JBPM PERAK.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi menggunakan peralatan menyelamat bagi membawa keluar mangsa daripada timbunan tar.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zahuri Zainal Abidin itu tamat pada jam 8.55 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut kemalangan setelah pulang mengaji

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI