Nahas Jerantut: Lima sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

PARIT – Jenazah lima sekeluarga termasuk empat beradik yang terbabit nahas jalan raya di Kilometer (km) 7, Jalan Jerantut–Maran di Pahang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota dekat sini, pada Ahad.

Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26, isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, serta adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 1.45 pagi.

Terdahulu, van yang membawa jenazah mereka tiba di Masjid Jamek Bota Kanan, dekat sini dari Hospital Jerantut di Pahang, pada jam 12.30 tengah malam sebelum disolatkan kira-kira 300 jemaah.

Nahas Jerantut lima sekeluarga kemalangan maut Jerantut lima sekeluarga maut kemalangan Jalan Jerantut–Maran jenazah dikebumi satu liang lahad tragedi jalan raya Pahang kemalangan di Pahang 2025
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Jerantut, Pahang, pada Sabtu, diusung ke ruang solat utama di Masjid Jamek Bota Kanan, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.
Nahas Jerantut lima sekeluarga kemalangan maut Jerantut lima sekeluarga maut kemalangan Jalan Jerantut–Maran jenazah dikebumi satu liang lahad tragedi jalan raya Pahang kemalangan di Pahang 2025
Ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat menunaikan solat jenazah kepada lima mangsa nahas yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jerantut, Pahang, pada Sabtu, di Masjid Jamek Bota Kanan, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 JUN 2025.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat dengan disambut suasana pilu dalam kalangan ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat.

Turut kelihatan hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja.

Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jerantut, Pahang, pada Sabtu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.
Nahas Jerantut lima sekeluarga kemalangan maut Jerantut lima sekeluarga maut kemalangan Jalan Jerantut–Maran jenazah dikebumi satu liang lahad tragedi jalan raya Pahang kemalangan di Pahang 2025
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jerantut, Pahang, pada Sabtu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.

Terdahulu media melaporkan, lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jerantut, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Suptritendan Zukri Muhammad dilaporkan berkata, nahas dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Ikmal.

Ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir kepada lima mangsa nahas yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jerantut, Pahang, pada Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.

Menurut beliau, dalam kejadian sekitar jam 12.40 tengah malam itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lima sekeluarga maut nahas dua kenderaan di Jerantut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI