Nahas konvoi motosikal di WCE: Seorang maut, tujuh cedera

MANJUNG – Seorang penunggang motosikal maut, manakal tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan 10 motosikal dan sebuah lori di kilometer (km) 221.5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa berusia 18 tahun sedang berkonvoi dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Katanya, ketika di lokasi kejadian sekitar jam 1 pagi, mangsa telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di lorong kecemasan.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah terjatuh ke laluan utama lebuh raya berkenaan.

“Sembilan penunggang lain dalam lingkungan umur 18 sehingga 23 tahun yang sedang bergerak dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara tujuh yang cedera menerima rawatan di Hospital Seri Manjung,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Hasbullah berkata, pihaknya membuka kertas siasatan kes nahas jalan raya berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa sama beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor Mohd Fahrulrazhi Zakaria di talian 012-4433441,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lima rumah, empat motosikal terbakar di Manjoi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI