Nahas pelajar UPSI: Pemilik syarikat bas tampil beri keterangan semalam 

GERIK – Polis sudah merekodkan keterangan pemilik syarikat bas yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Berat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintenden Muhammad Firdaus Abdullah berkata, pemilik syarikat bas terbabit hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada jam 10.30 malam tadi.

“Pemilik syarikat bas terbabit telah mengambil masa sekitar satu jam setengah bagi memberi keterangan berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam dilaporkan berkata, polis telah merakamkan keterangan 18 individu bagi membantu siasatan nahas itu.

Menurutnya, mereka yang telah diambil keterangan terdiri daripada 13 pelajar UPSI, suami isteri yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, doktor forensik Hospital Gerik dan pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, polis masih belum merekodkan kenyataan daripada pemandu bas, yang masih menerima rawatan di Hospital Taiping.

Dalam kejadian itu, bas yang disewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama UPSI, Tanjung Malim, Perak telah terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah MPV Perodua Alza di kawasan tersebut.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas pelajar UPSI: Polis rekod keterangan 18 individu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI