Nahas pelajar UPSI: Sultan Nazrin, Tuanku Zara zahir rasa dukacita

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kejadian yang melibatkan kehilangan 15 nyawa secara tragik dan mengerikan di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, yang berlaku pada awal pagi Isnin.

Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, baginda bertitah walaupun pada hakikatnya ajal maut ditentukan oleh Ilahi, baginda berpendirian bahawa Allah SWT menyeru manusia agar berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan diri daripada ancaman, bencana, bahaya dan malapetaka.

“Baginda berpandangan banyak langkah preventif boleh dan perlu dilakukan susulan daripada kekerapan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang kerap berlaku kebelakangan ini.

“Semua pihak yang berkaitan wajib menjadikan tragedi ini sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahbaikan, terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang.

“Baginda berdua menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan anak dan ahli keluarga yang begitu dikasihi, dalam usia yang begitu muda, dan menghadapi ajal dengan cara yang sangat memilukan hati,” ujar Meor Hezbullah.

Dalam perkembangan sama, baginda berdoa agar ibu bapa dan ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat Ilahi dengan reda, dan mendoakan agar roh mereka yang terkorban dilimpahi rahmat ihsan Ilahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin dan solehah.

Terdahulu, baginda berdua berangkat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk menziarahi keluarga mangsa dan mendapat sembah taklimat mengenai tragedi kemalangan tersebut mengakibatkan 15 nyawa terkorban dan 24 orang pelajar cedera (22 orang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik dan dua orang lagi sedang dirawat HRPB).

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara meluangkan masa sekitar 10 minit menziarahi keluarga mangsa yang terlibat di Jabatan Forensik HRPB, di sini.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas pelajar UPSI: Proses bedah siasat dijangka selesai tengah malam ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI