Pelajar UTP maut: Kereta bergolek beberapa kali sebelum terbabas

PARIT – Kereta Perodua Bezza dinaiki empat pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang terlibat dalam nahas di Bandar Seri Iskandar, Bota di sini malam tadi dipercayai hilang kawalan dan bergolek beberapa kali sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan yang berlaku di Jalan Teknologi 1, Seri Iskandar dekat sini sekitar jam 8.10 malam.

Menurutnya, kenderaan tersebut dinaiki empat lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penuntut tahun pertama jurusan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Petronas (UTP).

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta sedang dalam perjalanan dari UTP menuju ke arah Seri Iskandar Business Centre (SIBC).

“Ketika melalui lokasi kejadian kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu berpusing ke kanan, melanggar penghadang jalan dan bergolek beberapa kali sebelum terbabas di tepi jalan di laluan bertentangan.

“Sewaktu kemalangan berlaku, keadaan cuaca baik, jalan lurus dan rata namun lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kemalangan ini mengakibatkan pemandu kereta mengalami kecederaan parah, penumpang hadapan dan belakang kiri mengalami kecederaan ringan.

“Penumpang belakang kanan pula mengalami kecederaan parah akibat tercampak keluar semasa kereta sedang bergolek dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk rawatan dan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian penumpang belakang kanan adalah disebabkan polytrauma akibat kemalangan jalan raya (polytrauma secondary to road traffic accident),” jelasnya.

Hafizul Helmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat keoada pegawai penyiasat di talian 014-679 0829 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seorang penuntut UTP maut, tiga cedera kereta terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI