Naib Canselor UPSI dilantik Pengerusi Majlis IPT Perak

TANJUNG MALIM – Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI), Prof Datuk Md Amin Md Taff dilantik sebagai Pengerusi Majlis Institusi Pendidikan Tinggi Negeri Perak (MIPT).

Watikan pelantikan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini di Festival Idea Peringkat Negeri Perak di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah.

UPSI dalam satu kenyataan memaklumkan, Md Amin menganggap perlantikan berkenaan sebagai satu lagi amanah besar buat institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu.

“Alhamdulillah jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada UPSI atas perlantikkan ini.

“Insya-Allah akan kami tunaikan amanah menggunung ini dalam menggembeleng sumber kepakaran lebih 40 IPT di Perak untuk memacu kegemilangan bumi Darul Ridzuan tercinta sebagai negeri berilmu,” katanya dalam kenyataan sama.

Sebagai Naib Canselor UPSI, Md Amin dilihat berjaya membawa universiti itu terhadap pembaharuan fizikal, serta memacu kejayaan menerusi pelbagai program berimpak tinggi peringkat nasional dan antarabangsa

“Semoga pembangunan pendidikan di negeri Perak digerakkan sebaik mungkin atas semangat kebersamaan, kekitaan dan kekeluargaan,” katanya.

Prof Md Amin yang juga Pengerusi Majlis Naib Canselor/Rektor Universiti Awam, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ke-15.

Pada 2023 beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI