Negara perlu perkukuhkan industri halal – PM

BUKIT MERTAJAM – Malaysia perlu memperkukuhkan industri halal negara bagi merebut peluang pasaran halal global yang berpotensi mencecah AS$1 trilion (RM4.5 trilion),” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, sebagai salah satu peneraju utama dalam pensijilan dan pembangunan produk halal, Malaysia kini berada pada kedudukan strategik untuk memenuhi permintaan pasaran halal yang semakin berkembang pesat di peringkat antarabangsa.

“Pengiktirafan pensijilan halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah meletakkan negara ini sebagai peneraju global dalam standard halal.

“Malah, industri halal bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi tetapi turut memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat global melalui penyediaan produk yang bersih, berkualiti dan patuh syariah.

“Justeru kita harus memandang serius bagaimana kita boleh mengangkat industri halal termasuk kewangan Islam secara menyeluruh mengikut matlamat Maqasid Syariah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang di sini, hari ini.

Tambah Anwar, kejayaan Malaysia dalam membangunkan ekosistem halal telah menarik perhatian negara-negara Islam dan bukan Islam seperti Arab Saudi, Qatar, Jepun, Korea China, Vietnam dan Brazil yang berminat menjalin kerjasama strategik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI