Nelayan hilang ditemui lemas di perairan Tanjung Piandang

KERIAN – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada Ahad selepas dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, di sini, tengah hari tadi.

Mayat Mohamad Akhmal Mohd Yusuf, 23, ditemukan terapung di kedudukan kira-kira 7.4 batu nautika barat daya Ban Pecah, di perairan Tanjung Piandang kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan berkenaan yang dihentikan semalam disambung jam 7 pagi tadi.

“Seorang nelayan telah dilaporkan hilang pada 15 September di perairan Tanjung Piandang dan OP CARILAMAT telah diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi dibantu oleh pelbagai agensi lain.

Mayat Mohamad Akhmal Mohd Yusuf, 23, ditemukan terapung di kedudukan kira-kira 7.4 batu nautika barat daya Ban Pecah, di perairan Tanjung Piandang. Foto, APMM PERAK.

“Mayat nelayan tersebut ditemui oleh komuniti nelayan yang turut serta dalam OP CARILAMAT dan telah dibawa ke ke Jeti Sungai Betul, Tanjung Piandang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Akhmal turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta orang awam dalam memberikan bantuan.

“Maritim Malaysia juga sekali lagi ingin menasihatkan kepada orang ramai terutamanya nelayan pantai supaya cakna dengan perubahan cuaca dan mengutamakan keselamatan,” katanya. -MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI