Nenek enam cucu antara yang memeriahkan Keretapi Sarong 2024

IPOH – Nenek kepada enam cucu antara yang turut bersama-sama memeriahkan Keretapi Sarong 2024 (KS24) yang diadakan di Stesen Keretapi Ipoh di sini pada Sabtu.

Fatimahtul Zuhrara Saad, 58, dari Meru Raya berkata, walaupun program tersebut sudah berlangsung selama dua tahun di Ipoh, dia baru pertama kali berpeluang untuk menyertainya pada edisi ketiga tahun ini.

Dia yang hadir bersama rakan-rakannya mengenakan pakaian berkebaya labuh berwarna hitam dan berkain batik bersama hiasan bunga di kepala dan payung kertas bagi memenuhi tema ‘Bangga Malaysia’.

Nenek enam cucu antara yang memeriahkan Keretapi Sarong 2024
Peserta mengenakan pakaian tradisional turut menyertai acara joget lambak ketika program Keretapi Sarong 24 (Ipoh) anjuran Locco dan Kelab Sosial Ipoh di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2024.

“Saya rasa ada program ada keunikan kerana melibatkan pelbagai bangsa. Ia sangat menarik dan sesuatu yang saya dapat lihat dengan mata kepala sendiri.

“Hari ini saya  datang bersama rakan-rakan baik saya dan ada juga yang datang dari Kuala Kangsar menaiki kereta api,” katanya ketika ditemui media pada hari ini.

Menurutnya, program tersebut perlu diteruskan supaya generasi masa hadapan dapat melihat perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Saya sangat menyokong program seperti ini yang melibatkan pelbagai budaya serta etnik perlu diteruskan untuk tatapan generasi masa hadapan” ujarnya.

Nenek enam cucu antara yang memeriahkan Keretapi Sarong 2024
Peserta Mariani Mohd Hussien, 47, mengenakan pakaian tradisional India ketika menyertai program Keretapi Sarong 24 (Ipoh) anjuran Locco dan Kelab Sosial Ipoh di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2024.

Surirumah, Mariani Mohd Hussien, 47, dari Taman Cempaka berkata, dia memilih pakaian tradisional kaum India lehenga untuk menghadiri program berkenaan.

“Pakaian saya ini saya beli sendiri berharga RM100 lebih dan program ini sangat baik kerana menonjolkan kebudayaan satu Malaysia.

“Lehenga yang saya pakai pada hari ini adalah busana tradisional India yang dipakai sewaktu majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Nenek enam cucu antara yang memeriahkan Keretapi Sarong 2024
Peserta yang mengenakan pakaian tradisional menarik perhatian pelancong untuk bergambar bersama ketika program Keretapi Sarong 24 (Ipoh) anjuran Locco dan Kelab Sosial Ipoh di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2024.

Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum dari Perak serta negeri berhampiran menunjukkan semangat patriotik dengan menyertai program KS24 yang diadakan di Stesen Keretapi Ipoh di sini pagi tadi.

Program yang diadakan bersempena Hari Malaysia ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO dan Kelab Sosial Ipoh (ISC) berjaya menghimpunkan rakyat dengan mengenakan pelbagai busana tradisional. – MG Perak

Nenek enam cucu antara yang memeriahkan Keretapi Sarong 2024
Peserta Azaril Ameer Yahaya, 43, mengenakan pakaian penari kuda kepang ketika menyertai program Keretapi Sarong 24 (Ipoh) anjuran Locco dan Kelab Sosial Ipoh di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2024.

Artikel Berkaitan:

Lebih 1,000 meriahkan KS24 Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI