Norhaidasafinah cari ibu kandung anak angkatnya

BATU PAHAT – Seorang wanita sedang mencari ibu kandung kepada bayi yang kini dijaganya bagi mendapatkan hak penjagaan yang sah.

Norhaidasafinah Mohd Safari, 33, berkata, anak angkatnya, Ammar Mikael Yan diserahkan kepadanya 30 Julai tahun lalu masih belum jelas statusnya sehingga kini.

“Ibunya dikenali sebagai Surinah, 31, menyerahkan Ammar kepada saya selepas sehari dilahirkan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

“Wanita berkenaan juga tidak sempat mendaftar kelahirannya anaknya di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Batu Pahat sebelum menyerahkan kepada saya yang tinggal di Parit Besar.

“Ketika menyerahkan bayinya, wanita berkenaan memberi alasan tidak mampu untuk menyediakan keperluan keperluan pembesarannya kerana kesempitan hidup selain tinggal tidak menentu secara gelandangan,” katanya ketika ditemui.

Katanya, Surinah juga menyatakan penyerahan dilakukan atas kerelaan dirinya kerana tidak mahu anaknya menanggung nasib sama sepertinya.

Selain itu katanya, alasan penyerahan itu atas faktor keselamatan serta kesihatan apabila tinggal di tempat tidak yang terjamin kebersihannya.

Menurut Norhaidasafinah lagi, hanya kira-kira seminggu mereka berhubung untuk memaklumkan tentang bayi itu sebelum mereka terputus hubungan sehingga kini.

Ujarnya, usaha menjejaki wanita berkenaan yang dikatakan tinggal di sekitar bandar ini juga gagal kerana sudah menukar nombor telefon atau berpindah ke kawasan lain.

“Mereka yang mengenali Surinah diharap dapat menghubungi saya menerusi talian 0177172707 bagi mengatur pertemuan dalam menyelesaikan urusan anak angkat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI