Nota ugutan ‘Jangan Cabar Islam’ di hadapan rumah ibu Kor Ming

MANJUNG – Ruang hadapan rumah ibu kepada Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dihujani nota berbaur ugutan di Ayer Tawar, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu sekitar jam 10.15 pagi oleh ibu menteri tersebut yang berusia 76 tahun.

“Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, ketika ibu menteri berkenaan keluar rumah, dia mendapati banyak kertas bertaburan di hadapan rumah dengan tulisan ‘Nga Kor Ming jangan cabar islam’ dan percaya perkataan tersebut mempunyai niat yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berikutan itu, beliau berkata, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan punca kejadian belum diketahui. Usaha mengesan individu yang terlibat kini masih diteruskan.

“Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-331 7099 bagi membantu siasatan pihak polis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kediaman Ngeh dibakar: Jangan gugat keamanan negeri Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI