Notis Kekosongan DUN Ayer Kuning diserah kepada SPR Selasa

IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dijangka akan menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Selasa ini, susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin.

Beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada SPR secara rasmi mengikut Undang-undang Tubuh (Kerajaan Perak) dan Perlembagaan Negara.

“InsyaAllah miggu depan kita akan maklumkan kpd SPR sepertimana dulu pernah jadi di Dun Slim penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia.

“Kita akan maklumkan secara rasmi kepada SPR supaya proses yang sepatutnya mengikut Undang-undang Tubuh dan Perlembagaan Negara.

“Jadi kita tunggu minggu depanlah. Saya akan jemput media sekali maklumkan mengenai penyerahan notis tersebut. Kita bagi habis tiga hari ini dulu. Seawalnya, (penyerahan notis pada SPR) pada Selasa,” katanya.

Beliau ditemui ketika menziarahi jenazah Allahyarham Ishsam di Desa Sri Ampang, pagi ini.

Berdasarkan Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Speaker DUN akan memaklumkan kepada SPR untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Allahyarham Ishsam, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang petang semalam

Beliau rebah semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI