OKU warga emas berkerusi roda maut terjatuh tali air

BAGAN DATUK – Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) maut selepas dipercayai terjatuh daripada kerusi roda ke dalam tali air di Jalan Kampung Sungai Tiang Baru, Selekoh, Hutan Melintang di sini pagi Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 7.52 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Katanya, mangsa seorang lelaki OKU berkaki palsu warga tempatan berusia lingkungan 77 tahun dilaporkan ditemui meninggal dunia setelah terjatuh dari kerusi roda miliknya ke dalam tali air Sungai Tiang.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati kerusi roda milik mangsa berada di tepi tali air dan mangsa disyaki telah terjatuh ke dalam tali air tersebut.

“Anggota bomba telah berjaya menjumpai mayat mangsa yang terapung dan berada di bawah jambatan Sungai Tiang pada jarak dua meter dari lokasi mangsa terjatuh pada jam 8.40 pagi.

OKU warga emas berkerusi roda maut terjatuh tali air
Mangsa lelaki OKU warga emas yang ditemukan maut selepas terjatuh dalam tali air di Sungai Tiang diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Perak

“Ketua operasi melaksanakan penilaian seterusnya mengarahkan anggota untuk membuat pencarian di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dijumpai berada di bawah jambatan dan dibawa keluar oleh anggota dari dalam air,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diperiksa oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang hadir dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki Indonesia ditemukan lemas selepas kaki tersangkut celah batu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI