Op Lancar bermula 6 hingga 9 Jun ini sempena Hari Raya Aidiladha

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Lancar yang bermula hari ini, 6 hingga 9 Jun ini sempena Hari Raya Aidiladha 2025.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, fokus utama dengan memastikan aliran trafik lancar dan keselamatan pengguna jalan raya, selain meminimumkan kes kemalangan jalan raya.

“Op Lancar melibatkan 1,858 pegawai kanan dan rendah polis di kawasan-kawasan ‘titik panas’ dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan kembali semula selepas tamat musim perayaan.

“Seluruh jentera JSPT di lapangan akan diatur gerak secara holistik dan bersistematik bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, kata Mohd Yusri, pengguna jalan raya diminta peka dengan informasi terkini mengenai aliran trafik di media sosial rasmi JSPT yang dapat membantu masyarakat merancang perjalanan masing-masing.

“Laksanakan peranan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalah guna lorong kecemasan atau memarkir kenderaan sehingga menghalang laluan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan yang mengundang kepada kemalangan jalan raya,” katanya.

Katanya lagi, JSPT komited untuk memastikan masyarakat dapat merayakan sambutan Hari Raya Aidil Adha dalam suasana sejahtera dan selamat sepanjang perjalanan.

“Kerjasama orang ramai sepanjang tempoh sambutan perayaan ini akan memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI