Operasi berterusan APMM untuk kekang keluar masuk PATI di perairan negara

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi amaran kepada sindiket yang membawa keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya berhenti mengiklankan perkhidmatan mereka.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang lebih drastik bagi menangani masalah ini.

“Untuk itu APMM akan terus memantau dan melakukan operasi khas bagi memantau pergerakan sindiket-sindiket ini,” katanya ketika sidang media ketika hadir menyambut ketibaan Kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG), MIZUHO di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT), hari ini.

Beliau mengulas tular di media sosial beberapa video memaparkan tawaran aktiviti membawa masuk dan keluar beberapa warga asing melalui laluan laut secara tidak sah.

Mengulas lanjut Mohd Zawawi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhadapan kesukaran untuk menyekat iklan kerana sindiket yang dilakukan di luar negara ini.

Disebabkan itu, SKMM akan sukar untuk mengambil tindakan bersama sebab platform mereka tidak sama di Malaysia.

Oleh itu, APMM mempergiatkan operasi melalui risikan dan maklumat awam di terima dan dikenalpasti.

Meskipun begitu, katanya, operasi yang dijalankan mungkin tidak dapat mengekang keseluruhan aktiviti jenayah ini.

“Sebab ia kalau kita lihat, isu ini (keluar masuk PATI) selepas senyap akan timbul balik. Jadi bahagian perisikan memantau pergerakan mereka (sindiket) ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mohd Rosli berkata, aktiviti haram itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI