Operasi padam kebakaran belukar diteruskan, libat kaedah ‘water bombing’

BAGAN SERAI – Pasukan bomba meneruskan operasi pemadaman kebakaran belukar di Kampung Tersusun Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, dekat sini, berhampiran Tasik Bukit Merah, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, operasi yang memasuki hari ketiga itu menyasarkan baki kawasan terjejas kebakaran seluas 0.8 hektar daripada 22.7 hektar yang telah berjaya dipadam pada Jumaat.

Katanya, operasi yang bermula pada jam 8 pagi ini akan melibatkan penambahan bilangan anggota di samping operasi pemadaman kebakaran melibatkan kaedah ‘ground attack’ dan ‘water bombing’ menggunakan pesawat.

Menurut beliau, pesawat yang akan menggunakan kaedah water bombing melakukan penerbangan dari Pangkalan Udara Bertam di Pulau Pinang, pada jam 8 pagi.

“Pasukan bomba akan memastikan sisa-sisa tompokan bara dipadamkan sepenuhnya agar tiada atau nyalaan semula api.

“Selain itu pasukan bomba juga membuat ‘fire break’ di lokasi yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

kebakaran belukar Tebuk Panchor kebakaran hutan Perak, water bombing bomba, Gunung Semanggol kebakaran, bomba Perak, Tebuk Panchor terbakar, Tasik Bukit Merah
Pasukan bomba giat melakukan operasi pemadaman belukar Kampung Tersusun Tebuk Panchor berhampiran Tasik Bukit Merah. foto JBPM Perak

Menurut Sayani, operasi yang berlangsung pada hari kedua pada Jumaat melibatkan 35 anggota bomba berjaya mengawal lebih 90 peratus kawasan belukar yang terjejas kebakaran.

Kata beliau, kerja-kerja pemadaman api menggunakan pam jentera dan pam angkut bersumberkan dari pili bomba berhampiran serta turut dilakukan 20 kali ‘water bombing’ daripada unit udara.

“Juruterbang memaklumkan antara cabaran semasa operasi adalah melakukan pemadaman di kawasan yang mempunyai talian arus elektrik bervoltan tinggi yang memerlukan kewaspadaan yang lebih.

“Selain itu, kawasan pengambilan air bagi ‘water bombing’ juga agak cetek menyebabkan terdapat lumpur yang memasuki water bucket.

“Kawasan mendarat pesawat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol telah ditukarkan ke kawasan parkir Bukit Merah Laketown Waterpark atas kesesuaian untuk kemudahan operasi pesawat,” katanya lagi.

Tambah beliau, operasi pemadaman kebakaran belukar di Kampung Tersusun Tebuk Panchor itu melibatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, BBP Kamunting, BBP Taiping, BBP Selama, BBP Parit Buntar, BBP Lenggong, BBP Gerik, BBP Batu Kurau, BBP Pengkalan Hulu, dan BBP Trong.

Di samping itu, operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Faisol bin Soied @ Shuib itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lembah Beriah serta PBS Alor Pongsu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kilang teh herba, peralatan sembahyang antara lima terjejas kebakaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI