Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR tumpu sektor B, C

CAMERON HIGHLANDS – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari baki tiga mangsa tanah runtuh di Kampung Batu 59, Kampung Raja di sini akan bertumpu di sektor B dan C.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kawasan runtuhan tanah yang terjejas itu berkeluasan 50 meter dan operasi SAR dipecahkan kepada empat sektor A, B, C dan D.

Menurutnya, mangsa pertama ditemui di sektor C manakala mangsa kedua ditemui di sektor B dan kini fokus pencarian bertumpu kepada kedua-dua sektor berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JANUARI 2024

Katanya, ketika kejadian lima mangsa terbabit berada di dalam dua buah rumah di kawasan runtuhan tanah tersebut.

“Pencarian itu melibatkan sektor B dan sektor C pada keluasan hampir 25 meter dan anggaran kecerunan 35 hingga 45 darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli.

Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, operasi pencarian dilakukan dengan kekuatan seramai 120 orang terdiri dari pelbagai agensi dan juga termasuk kira-kira 20 rakan mangsa yang turut bekerja di kebun berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI