Ops Khas HRA 2024: JPJ Perak keluar lebih 10,000 notis

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,136 notis kepada pengguna jalan raya di negeri itu atas pelbagai kesalahan melanggar peraturan di jalan raya.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, semua notis itu dikeluarkan dalam tempoh pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di seluruh negeri sejak 1 April lalu sehingga Sabtu.

Katanya, angka yang direkodkan itu merupakan hasil pemeriksaan yang dilakukan JPJ Negeri ke atas 56,157 kenderaan dalam tempoh sama.

Ops Khas Hari Raya Aidilfitri HRA 2024 JPJ Perak notis kesalahan kenderaan Mohammad Yusoff Abustan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, Mohammad Yusoff Abustan ketika sidang media Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 APRIL 2024.

Menurut beliau, selain itu, sebanyak 4,713 kenderaan telah diambil tindakan sementara 401 kenderaan disita JPJ Perak.

“Pada Ops HRA tahun ini, JPJ turut menguatkuasakan sembilan kesalahan lalu lintas utama yang diambil tindakan tegas.

Ops Khas Hari Raya Aidilfitri HRA 2024 JPJ Perak notis kesalahan kenderaan Mohammad Yusoff Abustan
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak memeriksa lesen memandu dan cukai jalan penunggang motosikal ketika Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 APRIL 2024.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, Mohammad Yusoff Abustan memeriksa lesen memandu dan cukai jalan penunggang motosikal ketika Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 APRIL 2024.

“Antaranya ialah termasuk kesalahan memotong barisan, memotong di garisan berkembar; tidak mematuhi isyarat lampu merah, dan memandu melebihi had laju.

“Dalam tempoh Ops HRA ini juga, antara kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans serta kesalahan-kesalahan teknikal termasuk pengubah suaian kenderaan tanpa kebenaran,” katanya.

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menjalankan Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 APRIL 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri JPJ Perak di Jalan Sultan Iskandar, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu Mohammad Yusoff memaklumkan sebanyak 121 kenderaan telah diperiksa melalui Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang berjalan serentak.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, Mohammad Yusoff Abustan (dua,kiri) memeriksa nombor siri casis kereta ketika Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 APRIL 2024.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap lima kenderaan dengan 10 kesalahan yang direkodkan tiada memiliki lesen memandu.

Pada perkembangan sama, beliau memberitahu JPJ Perak telah menahan seorang pemandu bas berusia 38 tahun di Terminal Meru Raya dalam Ops Khas HRA itu.

Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menyita motosikal ketika Operasi Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 APRIL 2024.

Mohammad Yusoff berkata, lelaki itu tidak dibenarkan memandu bas selepas hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Apabila seseorang pemandu bas itu berada pada bawah pengaruh dadah, ia bukan sahaja mengancam nyawa penumpang malah turut sama mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Kesalahan ini amat serius kerana lelaki itu tidak ‘fit’ (sesuai) untuk memandu disebabkan pengaruh dadah berkenaan,” katanya lagi.- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPJ keluarkan lebih 1,000 saman lori – Exco Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI