Orang bukan Islam jangan campur urusan Islam – PRIM

IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) meminta mereka yang bukan beragama Islam tidak masuk campur urusan umat Islam di negara ini.

Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, tindakan tersebut boleh menyebabkan rakyat di negara ini berpecah belah.

Menurutnya, semua kaum di Malaysia perlu bersatu dengan menerapkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain bagi mengelakkan berlakunya perpecahan kaum.

“Orang bukan Islam kalau mereka campur tangan (hal agama Islam) saya rasa tak sesuai. Sebab urusan agama Islam, hanya orang Islam sahaja yang tahu.

“Bagaimanapun, mungkin ada sesetengah orang bukan Islam yang membaca perkara berkaitan Islam tapi ada juga yang tidak tahu apa-apa dan hentam saja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Dapur Rakyat Ambang Tahun Baharu anjuran Ariff Frozen Food dengan kerjasama PRIM, di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengemukakan cadangan supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Bagaimanapun, selepas ramai tampil meluahkan rasa kurang senang dengan perkara itu,  semalam, Koo Ham membuat permohonan maaf dan menjelaskan beliau tidak berniat untuk masuk campur dalam hal ehwal agama Islam dengan membuat cadangan itu. –  MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jadikan media sosial platform sebar Islam – Mohd Na’im

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI