Orang ramai diminta jangan sebar video mangsa jenayah seksual – Nancy

IPOH – Orang ramai perlu melindungi kanak-kanak terutamanya mangsa jenayah seksual dengan tidak menyebarkan video dan gambar menerusi laman sosial susulan insiden kes cabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya melihat ramai pengguna di media sosial yang memuatnaik dan berkongsi semula gambar dan video kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, kes itu telah diambil alih oleh polis dan pihak kementerian turut memberi kerjasama dengan pihak D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak).

“Seharusnya perkara seperti ini terutama sekali melibatkan kanak-kanak kita jangan terlalu mudah untuk menunjukkan kepada orang ramai kerana ini kanak-kanak.

“Namun begitu pihak polis sudah mengambil tindakan dan kita juga kerjasama dengan pihak  D11 PDRM untuk melihat bagaimana yang kita pun boleh terlibat sebab pada masa ini  pihak Selangor pun kalau tak silap saya juga ambil tindakan.

“Sebab ini masih kanak-kanak dan akta (Akta Kanak-Kanak 2001). Jadi, kita (penyebaran video) mengharapkan ia tidak berlaku lagi.

“Kita ini hari-hari bercakap tidak berlaku lagi tapi masih juga berlaku. Saya harapkan ia betul-betul mereka yang yang berada di situ tidaklah kongsikan (video) sekarang ini kepada orang lain,“ katanya.

Orang ramai diminta jangan sebar video kanak-kanak dicabul - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bergambar pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Utara di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, pada Rabu. Turut sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2025.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Utara di Kinta Riverfront Hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Sementara itu, Nancy berkata, sempena Ramadan ini masjid-masjid boleh mengambil langkah-langkah kawalan keselamatan lebih ketat bagi mengelakkan kejadian sama daripada berlaku.

“Diharapkan mereka (pengurusan masjid) yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) itu menggunakan fasiliti itu bagi mereka menjaga keselamatan anak-anak di masjid,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Batang Kali direman tujuh hari hingga 28 Februari ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis tahan guru penolong kanan, bantu siasatan kes pelajar dicabul

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI