Orang ramai jangan gelojoh keluar kenyataan

IPOH – Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati serta tidak gelojoh dalam mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sebarang isu.

Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin berkata, beliau telah melihat hantaran yang tular di media sosial namun tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara tersebut.

“Saya sedia maklum perkara itu dan saya pun sendiri melihat post (hantaran) itu,  cuma tidak mahu komen banyak.

“Apa yang saya boleh komen, saya ingin menasihatkan, jika berlaku sesuatu isu kita jangan terlalu gelojoh untuk kita membuat kenyataan.

“Jangan terlalu teruja untuk menunggang semua isu untuk mengejar populariti dan semua benda hendak ditunggang dalam isu politik.

“Itu sahaja komen saya,“ katanya selepas sidang media Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hantaran tular susulan insiden seorang wanita bertindak naik ke pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di hadapan Dewan Bandaran, di sini Ahad lalu.

Suspek warga tempatan itu berjaya ditahan dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod rawatan psikiatri selain turut memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

Wanita terbabit telah ditahan reman selama tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri dilaporkan memohon maaf atas kekhilafan merujuk seorang wanita kaum Cina dalam insiden serangan terhadap Sultan Perak.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

ADUN Manjoi mohon maaf rujuk wanita Cina dalam insiden babitkan Sultan Perak

Wanita naik pentas dekati Sultan Perak direman tiga hari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI