PAC 2024: Pengunjung teruja naik belon udara panas RM5

LENGGONG – Pengalaman menaiki belon udara panas pada harga RM5 setiap orang menjadi tarikan utama Karnival Agropelancongan Perak (PAC) 2024 di Resort Tasik Raban, di sini, bermula Jumaat sehingga hari ini.

Malah peluang yang diberikan kepada pengunjung terutamanya penduduk luar bandar merasai pengalaman menaiki belon udara panas tidak dilepaskan mereka hingga ada yang sanggup beratur berjam lamanya.

Bagi Norazah Mohamad, 52, dari Kampung Raban, Lenggong, pengalaman menaiki belon udara panas akan disimpan rapi sebagai kenangan terindah memandangkan untuk menaikinya pada harga RM5 mustahil diperoleh jika ditempat lain.

Pengunjung, Norazah Mohamad, 52 pada sesi temubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Karnival Agro Pelancongan Perak (PAC) 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MEI 2024.

“Saya tidak pernah naik dan ini pengalaman pertama, bila dengar sahaja PAC 2024 ada belon udara panas terus saya teruja dan Alhamdulillah hari ini merasa juga saya naik.

“Bagi saya pengalaman ini sangat menarik terutamanya buat masyarakat luar bandar di mana kita tidak ada peluang untuk menaikinya,” katanya kepada MG Perak.

Seorang lagi pengunjung Nor Asykin Ahmad Khariri. 38, berkata, promosi PAC 2024 yang menawarkan peluang naiki belon udara panas yang dilihat di laman Facebook menarik perhatiannya sekeluarga.

Pengunjung, Nor Asyikin Ahmad Khariri, 38 pada sesi temubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Karnival Agro Pelancongan Perak (PAC) 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MEI 2024.

Dia yang tinggal di Taiping hadir bersama keluarga bagi merasai pengalaman menaiki belon udara panas serta melihat pelbagai aktiviti yang ditawarkan pada PAC 2024.

“Sampai sahaja di sini kami pusing-pusing dahulu tengok apa yang ada kemudian baru beratur untuk naik belon panas, dalam setengah jam juga tapi demi pengalaman yang jarang kita dapat apa salahnya.

“Ini pengalaman pertama kami sekeluarga naik belon panas dan rasa berdebar juga naik sampai atas tapi saya dapat rakam suasana sekeliling dari atas,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Yahanis Yahya pada sesi temubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Karnival Agro Pelancongan Perak (PAC) 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MEI 2024.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Yahanis Yahya berkata, sambutan yang diterima pada PAC 2024 terutamanya aktiviti belon udara panas begitu baik.

Ujar beliau, orang ramai tidak melepaskan peluang menaiki belon udara panas dan sanggup beratur meskipun berpanas.

“Belon udara panas kalau di Turkiye kena bayar RM1000, Putrajaya pula sekitar RM200 hingga RM300 tetapi di Lenggong hanya bayar RM5 sahaja.

“Sambutan amat baik walau Perak SADC belaja besar untuk belon udara panas ini kita rasa berbaloi kerana ia menjadikan PAC 2024 begitu meriah dengan kehadiran pengunjung,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Suasana PAC 2024 Di Resort Tasik Raban, Lenggong

MGPerak: PAC 2024 Bukti Perak Komited Bangunkan Industri Agropelancongan – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI