PAC: Banyak pihak sudah ikut Parlimen tapi Perak tidak – Zainol Fadzi

IPOH – Kerajaan Negeri Perak perlu mengkaji semula dan menambah baik perintah tetap Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak bagi memperkasakan jawatankuasa berkenaan.

Pengerusi PAC Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pindaan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan jawatankuasa tersebut akan mempunyai autoriti yang lebih baik.

Di samping itu, beliau berkata, ia dapat memudahkan urusan sekali gus memainkan peranan yang lebih efektif terhadap jawatankuasa berkenaan.

“Selepas saya melakukan lawatan bench marking (penanda aras) ke PAC Parlimen pada 15 Februari lalu, PAC Perak perlu melakukan pindaan dalam perintah tetap sedia ada.

“Di Perak, saya rasa sudah lama pindaan tidak dibuat bagi memperkasakan enakmen berkaitan PAC, jadi sudah sampai masanya untuk berbuat demikian.

“Banyak negeri dah ikut Parlimen tetapi Perak tidak ikut Parlimen. Isu yang timbul apabila kita memanggil jabatan atau agensi ada setengahnya menganggap ia sambil lewa sebab kita, kalau tak datang pun tidak apa, tidak ada apa tindakan.

“Tapi di Parlimen lain, kalau dua minggu atau sebulan tak datang, kali kedua, ketiga ada denda, denda jumlah tertentu.

“Ini akan menyebabkan mereka-mereka yang dipanggil atapun agensi yang dipanggil akan hadir menjadi saksi dalam isu-isu yang timbul,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membahaskan titah perasmian Dewan Negeri Perak Kelima Belas oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi menjelaskan tujuan pindaan PAC bukan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi bagi memastikan peruntukan kerajaan sepertimana dirancang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perak peruntuk RM5 juta naik taraf institusi pendidikan Islam – Saarani

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI