‘Pak Andam Viral’ miliki tiga kilang arang kayu bakau

TAIPING – Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, tidak menyangka keputusan untuk memuat naik video menyolek pengantin lelaki pada laman sosial TikTok tahun lalu, memberi reaksi positif sehingga dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’.

Dia yang mesra dipanggil Megat Tan berkata, sebelum ini segala gambar dan video hasil kerja sebagai jurusolek pengantin lelaki jarang dimuat naik apabila kebanyakan hanya akan disimpan sebagai rujukan peribadi.

Bapa kepada lapan anak serta 12 cucu itu mengakui, ini kerana dia berasa kurang berkeyakinan dan bimbang berhadapan dengan pandangan serong netizen memandangkan dia kini menghampiri usia emas.

Pak Andam Viral Megat Tan Related Keyphrase: Jurugaya pengantin lelaki Perak Megat Tan pak andam terkenal Solekan pengantin lelaki tular di TikTok Pak andam Malaysia berpengalaman Kisah kejayaan pak andam Taiping Bisnes solekan dan kilang arang kayu Perusahaan arang kayu Kuala Sepetang
Temubual jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, di butiknya di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

Namun Megat Tan berkata, selepas ‘didesak’ rakan perniagaan, dia akhirnya bersetuju untuk memuat naik video yang memaparkan dia menyiapkan pengantin lelaki, sambil turut mengenakan busana pengantin.

“Saya tidak sangka video yang dimuat naik itu meraih jumlah lebih 1,000 tontonan dalam beberapa minit sahaja di TikTok.

“Malah selepas ia tular di media sosial, ada dalam kalangan netizen meminta saya berkongsi lebih banyak video saya mengandam pengantin lelaki.

“Selain itu, dapat dirasakan perubahan daripada kuasa ‘viral’ ini apabila slot tempahan sudah hampir penuh pada tahun ini, selain menerima tempahan sehingga pertengahan tahun depan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak di Butik Nur Anggun Bridal, di Taman Molek, dekat sini, baru-baru ini.

Pak Andam Viral Megat Tan Related Keyphrase: Jurugaya pengantin lelaki Perak Megat Tan pak andam terkenal Solekan pengantin lelaki tular di TikTok Pak andam Malaysia berpengalaman Kisah kejayaan pak andam Taiping Bisnes solekan dan kilang arang kayu Perusahaan arang kayu Kuala Sepetang
Jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, menunjukkan antara barangan solek yang digunakan di butiknya di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

Bukan sahaja menerima tempahan di seluruh Perak, malah Megat Tan kini turut menerima permintaan menyolek pengantin lelaki di hampir seluruh Semenanjung Malaysia serta negara jiran, Singapura

Ujarnya, jika sebelum ini pendapatan sampingannya sebagai pak andam sekitar RM2,000 sebulan, kini susulan daripada videonya yang tular, pendapatan yang diraih meningkat sehingga RM4,000 sebulan.

Namun begitu dia mengakui di sebalik reaksi positif, turut terselit beberapa komen dalam kalangan segelintir pemilik akaun media sosial yang kurang enak dibaca pada video-videonya itu.

Pak Andam Viral Megat Tan Related Keyphrase: Jurugaya pengantin lelaki Perak Megat Tan pak andam terkenal Solekan pengantin lelaki tular di TikTok Pak andam Malaysia berpengalaman Kisah kejayaan pak andam Taiping Bisnes solekan dan kilang arang kayu Perusahaan arang kayu Kuala Sepetang
Jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, mengambil upah menyolek wajah pelanggan di butiknya di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

“Ada yang mengatakan saya ini lelaki lembut, atau haram hanya kerana saya buat kerja sebagai pak andam. Akan tetapi saya tidak berkecil hati, sebaliknya menganggap ia sebagai suatu gurauan daripada netizen.

“Reaksi saya pada komen-komen nakal ini hanya senyuman sahaja dan saya juga ambil ia sebagai pembakar semangat untuk teruskan lagi apa yang saya usahakan,” ujarnya lagi.

Bermula sebagai pengapit pengantin

Mengimbau kembali detik awal penglibatannya dalam dunia solekan dan tata rias, Megat Tan berkata, minatnya kepada andaman pengantin bermula selepas dia menamatkan alam persekolahan dan bekerja di sebuah kilang arang kayu bakau pada tahun 1986.

Katanya, ketika itu pada setiap hujung minggu dia sering dipelawa menjadi pengapit pengantin lelaki dalam majlis perkahwinan ahli keluarga dan kenalan di kampung di sekitar Taiping.

Jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, mencatat tarikh tempahan pelanggan di butiknya di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

“Dahulu menjadi kebiasaan bagi pengapit pengantin lelaki untuk turut membantu menyiapkan dan mengemas pengantin sebelum dan semasa majlis perkahwinan berlangsung

“Bermula dengan buat secara seronok-seronok, saya kemudian jatuh cinta kepada kerja sebagai pak andam ini,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga dia masih berpegang kepada petua orang terdahulu untuk menaikkan seri wajah pengantin, antaranya berpenampilan kemas, menjaga adab dengan pengantin, serta melakukan kerja dengan penuh keikhlasan.

Pak Andam Viral Megat Tan Related Keyphrase: Jurugaya pengantin lelaki Perak Megat Tan pak andam terkenal Solekan pengantin lelaki tular di TikTok Pak andam Malaysia berpengalaman Kisah kejayaan pak andam Taiping Bisnes solekan dan kilang arang kayu Perusahaan arang kayu Kuala Sepetang
Temubual jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, di butiknya di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.
Antara barangan pengantin di butik jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

Katanya, selain penggunaan produk berkualiti, dia juga sentiasa mempelajari dan menambah baik teknik solekan bagi memastikan hasil kerja memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

Pada masa sama, Megat Tan bersyukur apabila, isterinya, Asmah Ariffin, 62, anak-anak dan menantu sentiasa menjadi tulang belakang buatnya, selain turut membantu dia mengusahakan hiasan pelamin pengantin.

“Selain daripada mengandam pengantin lelaki, saya juga menyediakan perkhidmatan lain antaranya menyediakan pelamin, sewaan baju pengantin, siar raya, meja makan beradab dan sebagainya.

“Pada masa sama, saya juga ada kakitangan yang membantu untuk menyolek dan mengandam pengantin perempuan,” katanya lagi.

Mengusahakan tiga kilang arang kayu bakau

Berkongsi lanjut Megat Tan memberitahu, menyolek pengantin lelaki hanyalah pekerjaan sampingan di setiap hujung minggu.

Katanya, ini kerana sumber pendapatan utamanya diraih melalui perusahaan tiga kilang arang kayu bakau yang dimilikinya di Trong, Matang, dan Kuala Sepetang.

Jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, juga seorang pengusaha dan pemilik kepada tiga kilang arang kayu bakau di Trong, Matang dan Kuala Sepetang sejak tahun 2000. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

“Pada tahun 2000, saya mula memperoleh lesen untuk mengusahakan kilang arang kayu bakau sendiri, dan kini perniagaan itu semakin berkembang baik.

“Perniagaan yang saya usahakan ini juga membolehkan saya menggaji 45 pekerja, termasuk dua kerani serta seorang pengurus,” katanya.

Jurusolek pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Andam Viral’, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, 57, menunjukkan antara pakaian pengantin di butiknya di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

Meskipun sering terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga demi mencari rezeki, Megat Tan menegaskan bahawa dia tidak akan berhenti daripada dunia solekan yang sudah diceburinya hampir 40 tahun.

“Bagi saya sebagai jurusolek, baik yang muda atau lebih berusia, keikhlasan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan itu adalah kunci utama.

“Apabila solekan dilakukan dengan ikhlas, ia dapat menaikkan lagi seri wajah pengantin lelaki di atas pelamin. Dan itulah kepuasan terbesar bagi saya,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sentilvasan teruskan legasi potong rambut

MGPerak: ‘Pak Andam Viral’ Tidak Kecil Hati Komen Nakal Netizen

MGPerak: ‘Pak Andam Viral’ Tidak Kecil Hati Komen Nakal Netizen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

  1. Terima kasih MG siarkan cerita tentang uncle (Pak Andam) terima kasih juga pada crew Syakir, Amirul dan Abdullah

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI