‘Pak Belang’ jantan masuk perangkap Perhilitan

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor harimau belang jantan di Bukit Kinding, Tambun di sini, pada Ahad.

Karnivor seberat 75 kilogram ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan sekitar jam 1 petang selepas tiga jam perangkap dipasang dilokasi berkenaan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, aduan berhubung kehadiran haiwan itu di sekitar kawasan berkenaan diterima daripada penduduk setempat semalam.

“Siasatan dijalankan di lokasi sebaik sahaja kita menerima aduan penduduk dan bertindak memasang perangkap bagi menangkap harimau tersebut.

“Sekitar pukul 1 petang tadi, kita menerima laporan harimau belang itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang anggota pada sebelah pagi,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati haiwan pemangsa berkenaan dianggarkan berusia dua tahun dan tiada sebarang kecederaan fizikal dikesan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff

“Bagaimanapun pemeriksaan akan dijalankan bagi memastikan haiwan itu benar-benar sihat. Harimau belang itu akan ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Yusoff mengesahkan harimau yang ditangkap bukan harimau yang sedang diburu di kawasan rekreasi aktiviti mendaki popular Bukit Bangkong seperti yang tular sebelum ini.

“Berdasarkan laporan, harimau ini berbeza dan berkemungkinan anak kepada harimau yang dikesan sebelum ini di kawasan Bukit Bangkong,” katanya.

Semalam, seekor harimau kumbang jantan dianggarkan berusia tiga ke empat tahun dengan berat 40 kilogram berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap dipasang Perhilitan di Bukit Bangkong. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI