Parkir Hospital Slim River siap sepenuhnya Oktober

TANJUNG MALIM – Masalah parkir di Hospital Slim River, di sini, bakal berakhir apabila kerja-kerja naik taraf dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tujuan berkenaan.

Menurutnya, 200 petak parkir tambahan berturap disediakan bagi menampung keperluan pengguna kenderaan yang mendapatkan perkhidmatan di hospital berkenaan.

“Salah satu isu besar hospital ini adalah melibatkan kawasan parkir. Terdapat sebuah padang yang dijadikan parkir sebelum ini, namun ia rosak teruk apabila hujan lebat kerana akan berlaku banjir di kawasan itu.

“Jadi isu itu telah dibawa ke perhatian kerajaan negeri pada tahun lalu dan hasil perbincangan yang dijalankan, kita telah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra Bersama Komuniti Muallim dengan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Slim River Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2025 di Hospital Slim River, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Hospital Slim River, Dr Farah Fathiyah Zulzaha dan Pengerusi ALPH Slim River, Mohamad Shahrir Shafiae.

Parkir Hospital Slim River siap sepenuhnya Oktober
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan ketika gimik perasmian Majlis Jalinan Mesra Bersama Komuniti Muallim dengan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Slim River Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia Tahun 2025 di Hospital Slim River, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 SEPTEMBER 2025.

Dalam perkembangan lain, Sivanesan memuji inisiatif hospital bersama ALP terbabit mengadakan program yang dapat menghimpunkan warga hospital dan komuniti serta memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dalam masyarakat.

“Saya dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ogos hingga 12 September lalu, pihak hospital telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Selfie, Kuiz Kemerdekaan, Kaunter Paling Kreatif dan Kuiz Zero Gajet.

“Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, tetapi mempereratkan hubungan kekeluargaan antara hospital, ALP dan komuniti.

“Selain itu, saya turut menghargai inisiatif penyampaian Bakul Rahmah kepada 30 penerima daripada golongan B40 pada majlis ini.

“Walaupun kecil dari segi material, tetapi sumbangan ini membawa makna yang amat besar kerana ia mencerminkan kepedulian dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM10,000 daripada kerajaan negeri untuk tujuan aktiviti bersama komuniti hospital dan ALP. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik dibentang Isnin depan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI