Pas boleh kerjasama dengan UMNO yang tidak mahu kepentingan kuasa

KUALA LUMPUR – Pas sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik selagi dasar parti terbabit tidak menyalahi dasar Pas yang berpaksikan Islam.

Perkara itu ditegaskan, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memberitahu, pendirian Pas sejak dahulu tidak berubah dan sering ditegaskan oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Justeru, Pas boleh bekerjasama dengan UMNO sebagaimana hasrat yang dinyatakan Bersatu sebelum ini.

“Kita pernah bekerjasama dengan UMNO pun sebelum ini, sekarang berpisah dan Bersatu pun sebelum ini kita pernah berpisah dengannya tak pernah ada kerjasama, tapi sekarang ada kerjasama dengan Bersatu.

“Jadi, semua kemungkinan-kemungkinan itu boleh berlaku. Asas kepada politik ini ialah muafakat, dan sudah tentulah bagi parti yang berteraskan agama seperti Pas keutamaan Islam itu berada di hadapan.

“…dan keutamaaan kepada bangsa Melayu yang menjadi majoriti di Malaysia ini. Jadi, itu asas kepada permuafatakan politik yang dibina dengan sesiapa pun…Pas saya menerima dan terbuka (kerjasama dengan UMNO),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, hari ini.

Afnan Hamimi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin apabila berkata, Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO.

Menurut Hamzah, kedua-dua parrti itu berkongsi asas ideologi yang sama dan disebabkan itu, parti terbabit bersedia untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai misi yang sama.

Katanya, jika dilihat dari sudut agenda, UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara dan hari ini, Bersatu juga memegang ideologi yang sama.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar mendakwa, UMNO terbahagi kepada dua kelompok iaitu kumpulan yang menyokong untuk bekerjsam dengan Melayu dan Islam manakala, satu kelompok lagi yang hanya mementingkan kuasa.

“Jadi, yang nak kepentingan Melayu Islam itu mehlah (mari) duduk ngan kita…tinggallah UMNO tu (yang mahu kepentingan kuasa),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI