Pasangan kekasih antara ditahan edar dadah RM4.6 juta

IPOH – Polis Perak menahan tiga individu termasuk pasangan kekasih kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah seberat 27.4 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di daerah Manjung, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek lelaki berusia 28 tahun dan kekasihnya wanita warga Vietnam berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kawasan Simpang Tiga, Sitiawan di sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah tersebut polis telah menemui dan merampas serbuk disyaki dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 15.34 kg serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

“Pihak polis turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah motosikal yang berada di hadapan rumah tersebut dan menjumpai serbuk disyaki dadah jenis sama seberat 237 gram (gm).

“Susulan tangkap itu, dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, pasukan serbuan kemudiannya dibawa ke sebuah pangsapuri di Taman Sejati, Sitiawan pada hari sama sekitar jam 8.55 malam.

“Dalam serbuan tersebut, kita menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dan merampas serbuk disyaki dadah jenis ketamin seberat 114 gm dan 50 biji pil eramin 5 seberat 13 gm,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Tiga individu termasuk pasangan kekasih ditahan edar dadah RM4.6 juta
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah seberat 27.4 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di daerah Manjung, Isnin lalu.
Dalam pemeriksaan di sebuah rumah polis telah menemui dan merampas serbuk disyaki dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 15.34 kg serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 MEI 2025.

Sementara itu, beliau berkata, serbuan ketiga dilakukan pada Selasa dengan dipandu arah oleh kesemua suspek pada jam 7.19 pagi di sebuah rumah di Desa Manjung Raya, Lumut.

Katanya, lokasi tersebut dipercayai digunakan sebagai tempat pembungkusan dan stor penyimpanan dadah.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menjumpai dadah disyaki MDMA seberat 11,437 gm dan 289 gm ketamin serta peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah,” ujarnya.

Noor Hisam turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek terbabit mendapati mereka positif dadah jenis benzodiazepine atau erimin 5.

“Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Berdasarkan siasatan, sindiket itu dipercayai aktif sejak Mac lalu dan dadah yang dirampas disyaki diedarkan untuk pasaran tempatan dan negeri Perak,” katanya.

Tiga individu termasuk pasangan kekasih ditahan edar dadah RM4.6 juta
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah seberat 27.4 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di daerah Manjung, Isnin lalu.
Dalam pemeriksaan di sebuah rumah polis telah menemui dan merampas serbuk disyaki dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 15.34 kg serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 MEI 2025.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambahnya, tindakan juga diambil di bawah ADB (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita wang tunai sebanyak RM970 dan anggaran nilai keseluruhan dadah bersama harta yang disita berjumlah RM4,596,242. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri dicekup, dadah RM1.19 juta dirampas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI