Pasangan suami isteri disyaki terlibat kes seleweng wang zakat disiasat

IPOH – Pasangan suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes berhubung syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurutnya, pasangan yang masing-masing berusia 50 dan 53 tahun itu ditangkap di Kuala Lumpur sekitar jam 12.35 tengah malam semalam.

“Kedua-dua mereka berperanan sebagai ejen kutipan zakan dan bukan kakitangan mana-mana pusat zakat di Malaysia,” katanya.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat membabitkan wang berjumlah RM9.62 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan telah dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan kutipan zakat itu bermula bulan Mac hingga September 2023. – MG Perak

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI