Pasangan tunang dicekup kurang 24 jam selepas langgar polis

IPOH – Pasangan tunang yang dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari membabitkan seorang anggota polis di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor pada Ahad berjaya diberkas kurang 24 jam selepas kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mereka yang ditahan adalah lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 34 tahun.

Menurutnya, polis turut merampas kereta jenis Proton Iriz yang digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian.

“Dalam pada itu, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek lelaki positif dadah THC.

“Selain itu, semakan mendapati suspek lelaki turut memiliki 17 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan narkotik, sementara suspek wanita mempunyai dua rekod kesalahan jenayah.

“Kedua-dua suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Februari (Selasa) untuk permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, MG Perak melaporkan seorang anggota polis patah rusuk dan tulang bahu selepas terbabit dalam kejadian langgar lari yang berlaku sekitar jam 7.30 malam, pada Ahad. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anggota polis cedera dilanggar dua kali ketika bertugas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI