Pasukan Khas 3R PDRM akan segera siasat kenyataan Presiden Pas

IPOH – Pasukan Khas 3R (bangsa, agama dan raja) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melengkapkan segera proses siasatan berhubung kes melibatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melalui kenyataan bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh siasatan ke atas Ahli Parlimen Marang dijangka akan siap dalam tujuh hari.

“Saya boleh sahkan ada aduan diterima, dan susulan itu pasukan khas itu akan menjalankan siasatan dengan elemen kesegeraan.

“Proses siasatan ini akan dijalankan sebelum kertas siasatan dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, dekat sini, pada Isnin.

abdul hadi awang presiden pas 3r Tan Sri Abdul Hadi Awang Pasukan Khas 3R PDRM polis Saifuddin Nasution Ismail abdul hadi awang presiden pas 3r Tan Sri Abdul Hadi Awang Pasukan Khas 3R PDRM polis Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra bersama penghuni warga emas sewaktu hadir ke Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MAC 2024.

Tambah Saifuddin, sekiranya Peguam Negara berpendapat hasil kertas siasatan itu belum mencukupi untuk mengukuhkan proses pendakwaan, ia akan dipulangkan semula kepada pihak polis membuat penambahbaikan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, kerajaan tidak mencampuri proses siasatan, sebaliknya ia diserahkan sepenuhnya kepada pasukan polis.

“Saya tidak akan buat apa-apa sebaliknya hanya menyampaikan maklumat yang dirasakan penting kepada media.

“Bila (Abdul Hadi) akan dipanggil (untuk dirakam keterangan), berapa kali hendak dipanggil, itu bukan dalam bidang kuasa saya, sebaliknya ia urusan profesional pihak polis,” katanya lagi.

Pada Jumaat lalu media melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lalu.

Beliau memaklumkan, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap kenyataan Presiden Pas itu.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta raja-raja Melayu.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Nik Elin: Jangan provokasi 3R melampau di media sosial – KPN

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI