PATI cuba seludup masuk ditahan, bot dinaiki hanyut lapan hari

MANJUNG –  Sekumpulan pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia dicekup polis selepas didapati cuba menyeludup masuk ke perairan negara melalui pintu masuk tidak sah pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, dalam operasi sekitar jam 8.34 malam, warga Indonesia terdiri 24 lelaki dan lima wanita serta seorang tekong bot ditahan pada kedudukan 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di sini.

Menurutnya, PATI yang berusia antara 19 hingga 55 tahun itu ditemui bersembunyi di dalam sebuah bot kayu jenis pom-pom.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati PATI terbabit dipercayai berada di kawasan sekitar Sabak Bernam sebelum menaiki bot tersebut pada 3 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, bot berkenaan telah mengalami kerosakan menyebabkan hanyut terumbang-ambing selama lebih kurang lapan hari sehingga berjaya dikesan oleh Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Sitiawan

“Pemeriksaan dilakukan ke atas bot kemudiannya mengesan 29 warga Indonesia yang disyaki cuba masuk ke negara ini tanpa sebarang pas perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an yang dipercayai tekong bot turut ditahan dalam operasi tersebut.

“Kesemua tangkapan dan rampasan barang kes telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

53 PATI ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI