PATI lolos: 83 ditangkap, 46 lagi masih diburu polis

IPOH – 27 lagi pendatang tanpa izin (PATI) warga asing yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor Khamis lalu berjaya ditahan dalam Op Kesan setakat pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah keseluruhan tangkapan semua PATI terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh itu seramai 83 orang setakat ini.

“Jumlah yang lolos adalah seramai 131 orang namun sehingga jam 7 pagi ini kita berjaya menangkap 83 orang dan usaha memburu 46 orang yang hilang masih diteruskan.

“Operasi mencari dan mengesan PATI yang melarikan diri ini melibatkan 61 anggota Polis Diraja Malayia (PDRM) dan 22 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam kenyataan ringkas pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Rohingya lolos depot imigresen: Dua disahkan maut setakat ini

MGPerak: PATI Lolos Ditahan Dedah Rakan Lain Masih Sembunyi Di Tapah

Semalam MG Perak polis tidak akan memperluaskan radius pencarian baki 75 PATI yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor memandangkan mereka masih berada di dalam daerah Tapah.

Mohd Yusri pada sidang media berkata, soal siasat yang dijalankan ke atas semua PATI yang ditahan setakat ini, mendedahkan bahawa rakan mereka yang masih bebas sedang bersembunyi di sekitar Tapah.

“Mengikut maklumat pencarian kita selepas menjalankan soal siasat ke atas rakan mereka yang telah ditangkap ke semua PATI yang masih bebas ini masih lagi berada di daerah Tapah.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini mereka semua melarikan diri sehelai sepinggang, tidak bawa apa-apa barang keperluan barang asas dan mereka mengharapkan bantuan orang ramai,” katanya. -MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI