PATI lolos ditahan dedah rakan lain masih bersembunyi di Tapah

MANJUNG – Polis tidak akan memperluaskan radius pencarian baki 75 pendatang tanpa izin (PATI) yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor memandangkan mereka masih berada di dalam daerah Tapah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, soal siasat yang dijalankan ke atas semua PATI yang ditahan setakat ini, mendedahkan bahawa rakan mereka yang masih bebas sedang bersembunyi di sekitar Tapah.

“Mengikut maklumat pencarian kita selepas menjalankan soal siasat ke atas rakan mereka yang telah ditangkap ke semua PATI yang masih bebas ini masih lagi berada di daerah Tapah.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini mereka semua melarikan diri sehelai sepinggang, tidak bawa apa-apa barang keperluan barang asas dan mereka mengharapkan bantuan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina 2024, peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Peak di Plaza Tol Lekir Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, di sini, pada Isnin.

Tambah beliau ekoran itu operasi mengesan dan menangkap saki baki PATI yang masih lolos akan dijalankan di sekitar Bidor, Tapah dan kawasan terpencil seperti ladang kelapa sawit dan hutan kecil akan diteruskan.

Mohd Yusri berkata, Op Kesan yang dilancarkan bermula 1 Februari lalu juga akan diteruskan beserta sekatan jalan raya (SJR) melibatkan empat di daerah Tapah dan masing-masing satu di daerah Hilir Perak, Mualim dan Kampar.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang kampung di sekitar Tapah dan Bidor yang membantu polis menjejaki serta menangkap semua pelarian yang terlepas,” katanya.

Terdahulu MG Perak melaporkan PATI warga asing termasuk etnik Rohingya dipercayai menjadikan hutan sekitar daerah Tapah dan Bidor sebagai tempat persembunyian mereka. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Polis tidak terima laporan ugutan daripada PATI lolos

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI