PATI lolos: Tujuh Rohingya menyorok dalam ladang sawit dikesan

TAPAH – Cubaan tujuh individu etnik Rohingya yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor untuk bersembunyi gagal apabila keberadaan mereka berjaya dikesan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit Jalan Kachu, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, berlaku insiden kejar mengejar antara mereka dengan pihak berkuasa dalam jarak 500 meter sebelum berjaya diberkas di kawasan berhampiran dengan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan sekitar jam 3 petang.

pati rohingya lolos depot imigresen tapah bidor polis
Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Mohd Naim Asnawi (kanan) bersama anggotanya berjaya menahan seramai tujuh lelaki etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, sekitar jam 3 petang tadi di Ladang Sawit Felcra Jalan Karchu, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 FEBRUARI 2024.

Menurut beliau, tangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang berjaya ditahan adalah seramai 98 orang sementara masih berbaki 31 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang diburu sejak operasi digerakkan 1 Februari lalu.

“Kami telah menerima maklumat bahawa terdapat sekumpulan individu disyaki warga asing yang lolos dari depot imigresen tempoh hari telah bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan.

“Sejurus selepas itu, sepasukan 20 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara telah ke lokasi untuk melakukan tangkapan.

“Kawasan operasi pencarian melibatkan radius sejauh 5 kilometer (km) ,” katanya.

pati rohingya lolos depot imigresen tapah bidor polis
Seramai tujuh lelaki etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, telah ditahan sekitar jam 3 petang tadi di Ladang Sawit Felcra Jalan Karchu, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian yang berhampiran dengan R&R Tapah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Naim memaklumkan, pihaknya yakin kesemua PATI yang lolos itu tidak berada terlalu jauh memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang bekalan pakaian mahupun makanan.

Jelas beliau, sepanjang tempoh seminggu operasi digerakkan, anggota terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam mengesan lokasi persembunyian tahanan.

Kata Mohd Naim, ini termasuklah faktor muka bumi yang berbukit-bukau, laluan yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda serta keadaan cuaca hujan.

pati rohingya lolos depot imigresen tapah bidor polis
Seramai tujuh lelaki etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, telah ditahan sekitar jam 3 petang tadi di Ladang Sawit Felcra Jalan Karchu, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 FEBRUARI 2024.

“Kita perlukan kerjasama dan maklumat daripada orang ramai. jangan jemu untuk terus menyalurkan maklumat kepada kami.

“Dalam insiden tangkapan yang sebelum ini , ada pihak orang awam yang memberi makan (kepada PATI) namun terus menghubungi pihak polis. Itu adalah tindakan yang bijak,” katanya lagi.

Terdahulu MG Perak sebelum ini melaporkan, seramai 131 PATI bertindak melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor.

Operasi yang bermula pada 1 Februari itu berjaya menghasilkan tangkapan seramai 73 orang oleh pasukan polis sementara 25 diberkas Jabatan Imigresen Malaysia, sementara dua direkodkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis mohon kerjasama orang ramai kesan baki 38 PATI lolos

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI