Pattani nyata hasrat jalin kerjasama hasil durian ASEAN

PATTANI – Gabenor Wilayah Pattani, Pateemoh Sadeeyamu menyatakan hasrat bekerjasama dengan Institut Agro Usahawan (iGROW) bagi menjalankan kajian mewujudkan durian jenama ASEAN.

Menurut Pateemoh, keistimewaan kedua-dua negara yang mempunyai durian masing-masing wajar dimanfaatkan untuk menghasilkan jenis kacukan yang mampu menarik minat penggemar raja buah berkenaan.

Pateemoh berkata, pihaknya akan membawa cadangan berkenaan kepada Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) bagi merealisasikan ia.

“Kita merancang untuk mengadakan kerjasama dengan iGROW bagi menghasilkan durian ASEAN melibatkan kacukan antara durian yang ada dari Thailand dan Malaysia serta negara-negara ASEAN lain.

“Insya-Allah saya akan ke Kampung Gajah sempena Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah 2025 pada Oktober ini dan kita akan berbincang lebih lanjut,” katanya.

Gabenor Wilayah Pattani, Pateemoh Sadeeyamu mempengerusikan mesyuarat ketika menerima kunjungan  delegasi iGROW dan Persatuan Pembangunan Komuniti Perak Tengah di Pattani, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi iGROW dan Persatuan Pembangunan Komuniti Perak Tengah sempena mempromosikan Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah 2025 di sini, baru-baru ini.

Kunjungan hormat yang diketuai Pengerusi Eksekutif IGROW, Nordin Abdul Malek itu turut mempromosikan Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah 2025 yang bakal berlangsung pada Oktober hingga November 2025.

Sementara itu, Nordin berkata, hasrat yang dinyatakan Gabenor Pattani itu selari dengan apa yang dirancang pihaknya untuk mewujudkan industri durian ASEAN.

Beliau berkata, persefahaman antara pengusaha-penguasaha durian di seluruh ASEAN perlu diwujudkan terlebih dahulu melalui perbincangan yang turut melibatkan kumpulan pakar.

“Jadi yang pertama kita perlu mewujudkan apa yang dipanggil perbincangan pelbagai hala dengan semua pihak terutamanya negara yang mempunyai tanaman durian seperti Thailand, Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

“Kedua sebuah jawatan kuasa kerja berkaitan industri durian ASEAN melibatkan semua negara perlu ditubuhkan di mana ia perlu diselaraskan oleh organisasi ASEAN itu sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut Nordin berkata, galakan program-program berkaitan perkonsian ilmu, maklumat dan kemahiran berkaitan industri durian antara kumpulan pakar dan pengusaha dari negara terlibat perlu dilaksanakan.

Justeru itu, pihak iGROW dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Komuniti Perak Tengah mengambil inisiatif selangkah kehadapan dengan menjemput delegasi pemimpin, pegawai kerajaan dan masyarakat dari negara ASEAN ke Kampung Gajah.

Nordin berkata, pihaknya bakal Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah 2025 bermula Oktober hingga November 2025 bersempena musim raja buah berkenaan di Kampung Gajah.

“Kita merancang untuk mengadakan program pertukaran kemahiran ilmu dan pengalaman industri durian yang menjadi salah sebuah acara sepanjang dua bulan festival ini berlangsung.

“Jadi kita akan melibatkan pengusaha-penguasaha durian di Malaysia khususnya dri Perak untuk berkongsi kepakaran dan mendapatkan ilmu dengan pengusaha durian dari Betong, Thailand,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI