Pavilion Perak bawa Petting Zoo pada MAHA 2024 

SERDANG – Pavilion Perak akan membawa kelainan kepada pengunjung dengan menampilkan Petting Zoo sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024).

Petting Zoo tersebut mendapat kerjasama daripada Zoo Taiping bersempena ulang tahun ke-150 tahun bandar Taiping.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Zolkafly Harun menyempurnakan Majlis Peluncuran Pavilion Perak MAHA 2024 yang berlangsung mulai hari ini hingga 22 September di MAEPS, di sini.

Menurut kenyataan Pejabat Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, edisi kali ini bersempena dengan sambutan 100 tahun MAHA dilaksanakan selari dengan tema MAHA 2024 ‘Menuai Harapan, Membina Masa Depan’ manakala Pavilion Perak dengan tema ‘Lestari Agro, Perak Makmur’.

“Penglibatan kerajaan negeri pada tahun ini dilihat amat signifikan seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu untuk mengetengahkan potensi produk pertanian dan usahawan di Perak untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi.

“Di samping itu, ia secara tidak langsung mengangkat industri pertanian di negeri ini selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Keterjaminan Makanan,” kata kenyataan tersebut.

Katanya, pelbagai pengisian aktiviti kepada para pengunjung yang hadir ke MAHA 2024 di mana para pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan, kraftangan, persembahan kebudayaan negeri Perak dan menyertai pelbagai aktiviti seperti kuiz pelancongan dan lain-lain.

“Sehubungan itu, Pavilion Perak mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama menikmati aktiviti-aktiviti dan persembahan yang disajikan khusus di Pavilion Perak sempena MAHA 2024,” ujar kenyataan berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hotel pertama di Perak tukar sisa makanan jadi baja

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI