PBF, IPT berkolaborasi jalani penyelidikan biodiversiti di Royal Belum

GERIK – Pulau Banding Foundation (PBF) sentiasa bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjalankan penyelidikan biodiversiti di Taman Negeri Royal Belum.

Hutan simpan meliputi seluas 300,000 hektar manakala bahagian atas Royal Belum dengan keluasan 117, 500 hektar turut meliputi sempadan Thailand-Malaysia.

Pengurus PBF, Zulfadhlan Ahmad Khushairi berkata, bagi memastikan spesis flora dan fauna di hutan ini sentiasa terpelihara, PBF berperanan sebagai pemudah cara untuk penyelidik dari IPT dan institusi penyelidikan  menjalankan penyelidikan di kawasan tersebut.

PBF, IPT berkolaborasi jalani penyelidikan biodiversiti di Royal Belum
Pengurus Pulau Banding Foundation, Zulfadhlan Ahmad Khushairi ketika temubual bersama MG Perak di Royal Belum Resort, Gerik. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JANUARI 2025.

Terbaharu, beliau memaklumkan PBF bersama Fakulti Sains Gunaan (FSG) dan Institut Biodiversiti Pembangunan Lestari (ISBD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam meninjau dan merancang untuk menjalankan beberapa penyelidikan yang bersesuaian demi kebaikan komuniti, eko pelancongan dan juga potensi pokok perubatan yang terdapat di hutan ini.

“PBF sudah beberapa kali berkolaborasi dengan IPT yang lain dan UiTM adalah tidak asing bagi kami. Pada tahun 2012 dan 2015, kami telah melakukan ekspedisi besar-besaran di sini.

“Kali ini mungkin fokus kami lebih kepada kumpulan penyelidik berskala kecil tetapi lebih memberi impak besar untuk komuniti dan eko pelancongan di kawasan ini.

PBF, IPT berkolaborasi jalan penyelidikan biodiversiti di Royal Belum
Pemandangan hijau nan indah Taman Negeri Royal Belum di Gerik. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

“Pada ekspedisi terdahulu sewaktu berkolaborasi bersama UiTM pasukan penyelidikan tersebut telah menemui satu spesis pokok yang dinamakan sembelit merah darah dan ia mempunyai bahan kimia yang berpontensi untuk merawat penyakit diabetis tahap dua.

“Itu adalah salah satu pokok yang kita jumpa di sini yang dilihat mampu menjadi ubat-ubatan yang boleh kita ekstrak daripada hutan ini.

“Saya rasa mungkin banyak lagi yang kita boleh jumpa dalam hutan ini memandangkan kawasannya seluas 300,000 hektar dan ada banyak lagi tumbuh-tumbuhan yang kita boleh jumpa sebagai pokok perubatan,” katanya ketika ditemui MG Perak baru-baru ini.

Peroleh dana daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri

Menyentuh mengenai sumber kewangan yang diperoleh PBF untuk menjalankan penyelidikan di hutan berkenaan, Zulfadhlan menjelaskan pihaknya banyak menerima dana daripada individu, pihak swasta dan kerajaan Persekutuan.

“Daripada Kerajaan Perak memang ada bantuan diberikan tetapi ia lebih kepada menjadi pemudah cara untuk kami berurusan dengan Perbadanan Taman Negeri.

“Selain itu, kerajaan negeri ada menyalurkan dana untuk membolehkan kami mengadakan persidangan mengenai penyelidikan untuk hutan ini,” jelasnya.

PBF, IPT berkolaborasi jalan penyelidikan biodiversiti di Royal Belum
Royal Belum, Gerik. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Berhasrat untuk catat rekod dalam MBOR

Sementara itu, beliau berkata, tahun ini PBF berhasrat untuk melaksanakan beberapa program bagi memberi peluang kepada penyelidik dan mereka yang berminat untuk mengenali Royal Belum dengan lebih dekat.

“Antara program yang akan dilaksanakan adalah Banding Trail Adventure yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei ini.

“Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk membawa masuk penyelidik masuk ke dalam laluan di Pulau Banding.

“InshaAllah kalau dibolehkan, kita akan masuk dan merekodkan sebanyak mana mungkin spesis yang ada di sini.

“Kita juga berharap dapat mencatatkannya dalam Malaysia Book Of Record dari segi spesis (tumbuhan hutan) yang terbanyak boleh ditemu dalam Pulau Banding,” ujarnya.

Beliau berkata, program yang turut dijangka akan berlangsung pada Oktober ini adalah Belum Rainforest Summit.

PBF, IPT berkolaborasi jalan penyelidikan biodiversiti di Royal Belum
Pemandangan perkampungan Orang Asli Sungai Kelewang yang diselubungi pokok hijau nan indah dari Tasik Temengor di Taman Negeri Royal Belum, Gerik. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

“Program ini adalah persidangan yang akan mengumpulkan semua penyelidik dan pengamal di dalam kawasan bukan sahaja di Belum-Temengor malah di seantero dunia untuk kita bandingkan dan membincangkan berkenaan hal berkaitan dengan hutan hujan tropika di seluruh dunia.

“Terakhir sekali adalah World Heritage Volunteer iaitu acara tahunan yang diadakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Program ini adalah di bawah endorsement Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di mana kita bawa sukarelawan daripada satu dunia untuk datang merasai sendiri pengalaman berada di Belum-Temengor.

“Selain itu, sukarelawan juga dapat membantu dengan menjadi sukarelawan konservasi, melaksanakan khidmat komuniti dan sebagainya,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bantuan sekolah anak orang Asli terus diperkasa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI