PBT di Perak bertindak tangani risiko pokok tumbang – Exco

IPOH – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Perak sentiasa menjalankan kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan pokok mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, langkah itu dilaksanakan susulan kejadian pokok dan dahan tumbang akibat ribut yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, pada tahun lalu Jabatan Landskap Negara turut mengeluarkan sebuah buku panduan kepada semua PBT yang mengandungi garis panduan lebih jelas dan komprehensif berkaitan jenis pokok yang sesuai untuk ditanam.

“Kerja-kerja penyelenggaraan memang sedang dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak majlis (PBT).

“Selain itu, garis panduan tersebut bertujuan membantu PBT memilih spesies pokok yang lebih mudah diselenggara serta sesuai dengan keadaan semasa, termasuk mengambil kira perubahan iklim yang menyebabkan kejadian ribut berlaku dengan lebih kerap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan tersebut pada Program Jom Raya di bawah inisiatif Sejahtera MADANI di pentas terbuka Agromall Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Sandrea memaklumkan pihak majlis telah menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan susulan beberapa insiden pokok tumbang yang berlaku baru-baru ini.

Katanya, pemeriksaan turut memberi tumpuan kepada aduan yang diterima daripada orang awam berkaitan pokok yang berisiko bagi membolehkan tindakan pencegahan diambil lebih awal.

“Pihak majlis juga turun padang untuk melakukan pemeriksaan serta kerja penyelenggaraan, khususnya terhadap pokok-pokok yang menerima aduan dan dikenal pasti berisiko supaya tindakan pencegahan dapat diambil,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI