Pegawai biologi marin rugi RM500,000 ditipu ‘scammer’ menyamar polis

IPOH – Seorang pegawai biologi marin kerugian sebanyak RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian (phonescam) yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 44 tahun semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali pada 14 Mei lalu memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam kegiatan pemalsuan wang serta penggubahan wang haram.

“Pada keesokan harinya, mangsa telah dihubungi oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Suspek turut menunjukkan salinan dokumen peribadi mangsa, sebelum menyambungkannya kepada seorang lagi individu yang kononnya adalah pegawai penyiasat dari Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Beliau berkata, mangsa yang terpedaya dengan helah suspek telah melakukan pemindahan wang secara dalam talian dan melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) ke sembilan akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan mencecah RM500,000.

“Kesemua wang tersebut merupakan hasil simpanan mangsa sendiri dan sebahagiannya adalah wang milik ahli keluarganya,” jelasnya.

Justeru, Noor Hisam berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar universiti rugi RM115,786 ditipu ‘scammer’ menyamar wakil kedutaan China

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI