Pegawai polis dakwa bunuh pelajar: Mahkamah tetapkan perbicaraan 30 hari

IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan bagi kes pertuduhan seorang pegawai kanan polis membunuh seorang pelajar Tingkatan 5 pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan tarikh perbicaraan berlangsung bermula 4 November tahun ini sehingga 17 Januari 2024.

Pecahan tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.

Pegawai polis dakwa bunuh pelajar Mahkamah tetapkan perbicaraan 30 hari Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa 30 hari perbicaraan pegawai kanan polis bunuh pelajar Tingkatan 5 pada Disember tahun lalu Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet Muhammad Zaharif Affendi DSP Mohd Nazri Abdul Razak
Pegawai kanan polis Deputi Superitendan Mohd Nazri Abdul Razak, 46, tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa bagi menghadiri prosiding berhubung kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, pada Disember lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2024.

Hakim turut menetapkan tarikh 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta semua pihak diminta menyerahkan afidavit masing-masing.

Terdahulu, tertuduh yang juga pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP), Mohd Nazri Abdul Razak, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, dalam daerah Kinta, di sini, antara jam 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember tahun lalu.

Pegawai polis dakwa bunuh pelajar Mahkamah tetapkan perbicaraan 30 hari Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa 30 hari perbicaraan pegawai kanan polis bunuh pelajar Tingkatan 5 pada Disember tahun lalu Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet Muhammad Zaharif Affendi DSP Mohd Nazri Abdul Razak
Pegawai kanan polis Deputi Superitendan Mohd Nazri Abdul Razak, 46, tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa bagi menghadiri prosiding berhubung kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, pada Disember lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani

Sementara tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan M. Kuhan.

Hadir sama peguam pemerhati pihak pihak keluarga mangsa, Yasmin Khalid dan Amira Najwa Fitri Amir Arif.

Kelihatan keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa bagi menghadiri prosiding berhubung kes pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar Tingkatan Lima itu, pada Disember lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2024.

Selain itu, mahkamah juga dimaklumkan pihak pendakwaan telah mengenal pasti kira-kira 60 saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang tempoh perbicaraan nanti.

Mohd Nazri sebelum itu tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh dengan mengenakan pakaian termasuk baju hud berwarna gelap serta memakai pelitup muka, dengan kawalan oleh anggota polis.

Keluarga terdekat Muhammad Zaharif Affendi, iaitu abang, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 30, dan bapa saudara, Abdul Razak Judin, 49; turut berada dalam kamar mahkamah ketika prosiding berjalan.

Dalam kejadian Disember tahun lalu, mangsa  yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu melibatkan kereta jenis Perodua Ativa dipandu pegawai terbabit dengan motosikal jenis Yamaha ditunggangi mangsa.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising menggunakan motosikal.

Laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pegawai polis didakwa bunuh pelajar: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI