Pejalan kaki maut terlibat insiden langgar lari

IPOH – Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan sebuah lori, berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh-Jalan Lahat, dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita berusia 64 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, dekat sini pada jam 6.05 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah lori yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh menghala ke Persiaran Lahat Mines.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba melintas jalan sebelum (pemandu lori dipercayai) tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa.

“Akibatnya mangsa telah tercampak ke kiri jalan dan terjatuh di atas jalan raya serta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Bagaimanapun, pemandu bersama lori tersebut tidak memberhentikan kenderaan dan terus beredar dari tempat kejadian dipercayai telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebabkan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Masyarakat umum juga dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya.

“Justeru, Polis Daerah Ipoh meminta saksi yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga remaja maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI