Pekerja kilang warga Nepal merusuh disambung reman 14 hari

TELUK INTAN – Seramai 13 lelaki warga Nepal yang terlibat dalam cubaan merusuh di hadapan sebuah kilang sarung tangan di Batu 8, Jalan Changkat Jong pada Jumaat lalu disambung reman selama 14 hari bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kesemua suspek terbabit disambung reman pendatang tanpa izin (PATI) sehingga 31 Mac ini di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Pegawai penyiasat sedang melengkapkan kertas siasatan, dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, pekerja kilang warga Nepal berusia 24 hingga 39 tahun itu ditahan reman selama empat hari pada Sabtu lalu, selepas disyaki mencetuskan rusuhan dan menghalang tugas pihak berkuasa.

Ini susulan kemalangan langgar lari membabitkan seorang lelaki warga Nepal berusia 26 tahun maut di lokasi berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 1,000 pekerja kilang telah turun ke tempat kejadian dan berkumpul di atas jalan raya sehingga menghalang lalu lintas. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pekerja kilang warga Nepal merusuh, 13 ditahan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI